Showing posts with label rumahku. Show all posts
Showing posts with label rumahku. Show all posts

Friday, October 18, 2013

Aidiladha 2013...

Sebenarnya mood raya macam dah terbantut sikit selepas dapat memo dari sekolah kimi,cuti raya haji cuma selasa jek..memang dah plan nak balik Terengganu..lepas dipikir-pikir,campur tolak semua,jadi gak la balik kampung..balik hari ahad tu..nasib baik tak jem..balik kl pulak hari rabu pagi..memang kali ni nasib baik la sebab tak tempuh jem macam tahun-tahun sudah..untuk pagi raya tu,mak dah masak macam2 la..tahun ni buat korban jugak..mama dah niat nak tempah satay untuk makan-makan..tapi petang sebelum raya tu la kitorang dah bakar..nak bakar time raya tu kang,takut terkulat-kulat pulak..dah benda tak banyak mana..banyak tak banyak la,dah 400 cucuk tu..bukan nak makan sangat pun..saje buat suka-suka..masa raya puasa hari tu,tak sempat nak buat camni..


Ni anak buah yang jinak-jinak merpati..athirah ni mesti kena ada umpan,baru la boleh dekat..haiyyaa...balik tu,ingatkan dah boleh tengok la anak buah baru..rupanya belum mahu munculkan diri..lambat lagi la baru dapat jumpa agaknya..



Seronok kimi main kali nih..dapat plak basikal si Zahirah tu,tumpang main sekali la..dia cakap nak praktis dulu,nanti boleh papa belikan dia basikal bila dah pindah nanti..


Petang tu bakar-bakar satay sambil tunggu lembu sampai..ada 3 ekor jek tahun..ni semua tokki kimi yang organize..buat sikit-sikit okey lagi laa..banyak-banyak kang takde orang yang nak melapah,potong daging plak kang..ini pun tengahari gak baru settle semua..


Ni jek la gambar raya kami..memang tak sempat nak snap-snap gambar sangat..cuaca pulak memang sangat terik hari tu..berpeluh-peluh semua..




Ni lembu kedua yg kena sembelih..yang ni jek snap gambar masa sembelih..lepas tu dah tak sanggup nak tengok..hakimi terus menciput lari lepas dah tengok lembu pertama yang kena sembelih tu..takut katanya..walhal tiap2 tahun pun dia tengok..


Part nak potong2 daging ngan agih2 tu yg lambat sikit..tapi tahun ni pun kira okey la sebab ramai yang menolong..insyaallah tahun depan kalau ada rezeki,mama pun nak masuk bahagian jugak..errr..celah mana nak cari duit ntah..kena mintak boss up gaji sikit la kot..huhuhuhu...



Friday, January 25, 2013

Setelah lama menyepi...

Wahh..lama betul tak update..masuk tahun baru ni takde update pun lagi..bukan tak nak update..tapi benci betul la bila upload gambar jek,tak menjadi..asyik la tak menjadi..kuar separuh2 laa..gambar jadi cacat laa..tengok kat picasa album tu dah penuh..tak boleh nak upload gambar lagi..tak tau la apa masalahnya..so gambar2 kalau nak letak jugak,copy paste jek dari FB tu..so..nak cerita kat sini,ringkasan saje la untuk kali ini..hakimi dah mula bersekolah..alhamdulillah setakat ni okey jek..dia suka sangat sekolah..hantar dia masuk kelas kafa jugak sebelah petang..tahun ni darjah satu,sesi pagi pulak..okey laa..belajar la bangun awal sikit..kelas petang pun dia suka nak pergi..banyak jugak la improvement yang tengok setakat ni..dia suka kawan2 dia..cikgu2 dia,ustaz dan ustazah dia..itu yang semangat ajer nak gi sekolah tu..syukur laa..risau sangat takut dia tak larat..sekarang pun dah start ada homework..time banyak,memang jenuh jugak la nak suruh dia buat homework tu..yer laa..2 sekolah punya homework kan..tapi kena la buat jugak nak tak nak pun..


Masa hari orientasi tahun satu...


siap² nak ke kelas kafa...

balik dari sekolah pagi...

  
Aktiviti hari jumaat..biasa mama tak masak..so,mkn kat kedai laa..huhu..




Wednesday, November 21, 2012

Menu petang...

Bibik time cuti sekolah..ecehhh...bibik la sangat...macam mama jek yang jadik bibik dia..biasa memang tak harap dia nak tolong pegang mixer tu..takut tersembur kang..habis bertabur atas lantai jek kang..tapi semalam okey laa..walaupun nampak dia macam lenguh jek pegang mixer tu lama2..tapi tak komplen pulak..semalam tu buat puding buih la kononnya..dah masak agar2 tu baru teringat..assistant mama ni tak makan kan puding tu..aduiii..nak buat camne,dah pukul telur semua..buat jugak laa..ingat bleh la pujuk2 kasik makan jugak..pun tak jalan jugak..hampeh betul laa..cuba pun tidak..rasa nak jek sumbat masuk mulut dia..biar dia tau betapa sedapnya puding tu kan..huhu..



Kali ni keras sikit plak puding nya..tapi okey jek makan..nasib baik ada fruit koktail setin..bancuh sekali la buat kuah..patutnya nak buat benda lain semalam tu..tapi sebab cuaca yang panas sangat..so rasa nak makan sejuk2 jek laa..boleh la buat minum petang kan..banyak jugak la dapat 2 bekas tu..papa dah angkut ke opis separuh..bagi jiran separuh..mama nih biasa lah..setakat makan sekali dua pastu tak nak dah laa..huhu...



Hari ni buat crepe pulak..crepe coklat..atau pun kuih dadar coklat nih..patutnya ada filling coklat dia kan..tapi malas nak buat..makan dengan aiskrim jek..pastu curah coklat syrup..sedapppp...pun kimi tak nak makan nih..dia makan kosong gitu jek crepe nih..dia memang suka la kalau mama mendadar nih..mesti tgh buat tu pun dia dah angkut kulitnya..huhu...


Wednesday, September 26, 2012

Aktiviti harian...

Akibat kebosanan yang melampau,sebab tv rosak..maka macam2 aktiviti la yang mama ngan kimi buat di rumah..selain buat kuih,mama pun hadap la balik novel2 yang belum baca lagi..lepas tu kena jadik cikgu kimi la pulak..tapi biasa lah,mesti ada adegan2 mak tarzan ngan anak tarzan tu...hahaha...sampaikan apa yang kimi tak suka nak buat pun,dia terpaksa buat jugak..macam semalam tu main mewarna ngan dia...guna crayon,okey la sikit..sebab lebar2 kan..so cepat la siap..kalau guna pensel warna tu memang dia malas sikit..dia punya excited,siap tadi bawak ke sekolah nak tunjuk kat cikgunya...hehehe....petang2 kalau cuaca okey,kami pergi melepak la kat rumah jiran...tambah2 sekarang jiran tu ada bela rabbit..seronok la dia..habis dikutipnya lalang,rumput2 bagi rabbit tu makan..hehehe...

Adoii..bosan sangat rasanya..hari2 bleh dengar radio jek laa..nasib baik masih ada suara tv tu..kalau kong terus,memang sunyi-sepi terus la rumah..dah biasa bising2 sikit kan..bila sunyi2 tu rasa semacam pulak..mula bila ada bunyi sikit,asyik nak terperanjat jek..nampak jek hati kental,tapi ai nih lomah semangat jugak sebenarnya..hihihi...






Monday, July 09, 2012

Future Home...

Hari ni nak update progress rumah kami..hari sabtu baru ni, launching rumah contoh..so kami pergi la tengok..memang dah tak sabar nak masuk kan..selalu tengok dari luar jek.. nampak macam kecik..bila dah masuk, terasa besar la jugak..memang besar sikit dari rumah sekarang..lebar sikit laa..tambah pulak memang dah tarik habis sampai ke balakang..memang takde tanah langsung untuk berucuk-tanam..takpe laa..tanam dalam pasu jek la nampak gayanya..tak payah dah pikir nak maintain rumput bagai dah..dah pemalas kan..huhu..hakimi paling excited laa..dia ingat, tu la rumah yang nak duduk nanti..tu baru rumah contoh la nak oii..kita punya belum siap pun lagi..huhu..

hall depan...

papa mesti la check berapa byk suis semua tu laa..

dapur..dah nampak apa yang nak kena buat tu..huhu...

ruang belakang dapur..

Bahagian belakang ni memang dah plan nak naik dinding habis..sebab bahaya kalau biar camtu..kalau pasang grill jek pun cost jugak..baik tutup terus, bleh gak buat wet kitchen, tak pun buat 'kilang' mama..hahaha..

ruang belakang dapur jugak..memang panjang..

bilik air bawah..

Bilik air bawah kiranya dok kat luar la kalau ruang belakang tu tak tutup habis..macam pelik pulak la kan..tu yg kena tutup habis gak..dekat tepi bilik air tu dah ada kepala paip untuk letak mesin basuh..tapi macam tak sesuai la nak letak kat situ..sebab ada pintu dapur pulak situ kan..kena letak kat lain la nanti..silap2 pintu dapur tu bukak,letak kat belakang..mama okey jek kalau ada pintu tu pun..at least tambah lagi satu protection kalau org nak masuk pun kan...

tangga ke atas..agak tinggi dari tangga rumah sekarang..

hall atas..semua tile sama jek atas bawah..tile besar2..

view dari hall atas..

Dekat hall atas tu ada la ruang untuk lepak2..kalau rumah sekarang ni, memang naik jek tangga, terus jumpa pintu bilik..huhu..tapi yang kelakarnya tangki air tu kat luar..maksudnya bukan dalam rumah laa..boleh nampak dari hall tu..dah nak kena buat grill jugak la jawabnya tu..hohoho...

master bedroom...

Masuk jek master bedroom ni..hakimi dah siap cakap..dia tunjuk..situ katil mama papa..sebelah ni katil kimi..oitt..oittt..takde dah katil kimi kat dalam bilik ni nanti..duk bilik sendiri laa..suruh dia pilih nanti nak bilik belah mana..langsung buat tak tau..nak duk bilik mama papa gak..haiyaaa...besar jugak la biliknya..tapi tak berkenan tang sliding door tu jek..bahaya laa..

balkoni master bedroom..

Ada balkoni jugak..kecik jek..tapi sebenarnya dah konkrit habis kat depan tu..so kita boleh extend laa..ramai yang yg komplen kenapa tak tarik habis jek pagar tu..sikit jek lagi..memang orang akan renovate tang sini..kitorg pun nak buat sesuatu jugak..itu pun kalau ada budget lebih laa..apa2 pun cakap kat papa, yg penting kena buat dulu, naik dinding kat dapur tu..pastu of course la kitchen kabinet mama..huahuahua..



Paling best, rumah ni memang tak kena matahari direct..so tak panas laa..rumah kami sebelah belakang nanti..sama jugak..matahari naik dari tepi laa..ini pun duduk kat situ, tanpa kipas..tak rasa panas pun..memang masa nak pilih unit tu mama dah pikir semua tu..kikiki...

bilik air master bedroom...

Bilik air semua sama..semua tile camtu..susun atur jek lain2 sikit..kimi cakap macam bilik air hotel..haha..tapi pada kami bilik air agak besar laa..setiap bilik, ada bilik air masing2..bilik belakang pun sama..sebab tu bilik belakang nampak kecik sikit..banyak makan space untuk bilik air tu..

bilik belakang..

tu rumah kami yang tengah buat tu..huhu..

ni saje jenguk rumah corner pulak..
 


Ikutkan pelan asal dia..bahagian porch ni simen saje..tapi tengok2 tile jugak..syukur laa..jimat sikit, tak payah pikir nak pasang tile dah..pintu pagarnya memang lebar sangat..kereta boleh parking side by side..papa cakap nanti nak pasang autogate..hermm..tak kira la autogate ke autobot ke, janji mama nak kitchen kabinet mama dulu...huahuahua...tak banyak la rasanya nak buat..sebab rumah ni pun macam agak besar utk kami bertiga..sah2 la kimi asyik mengekor jek mama nanti..hihi..cukup besar la kalau ada tetamu2 yang datang bertandang..boleh la nak tumpang tidur pun..itu pun kalau ada..maklum laa..jauh..huhu...

Harap2 nanti dapat jiran yang okey2 laa..bleh buat geng..jiran kami ada gak pergi tengok rumah ni..dah nampak cantik, baru diorang nak beli jugak..tu laa..dulu lagi mama dah cakap..beli laa..tak rugi pun sebab rumah baru..diorang beli hari tu rumah lelong..renovate pulak banyak jugak habis..sekarang ni bocor sana-sini..kesian laa..duit habis, rumah tak selesa gak..kalau diorang jadi beli pun, tak dapat dah la dok blok sama..jauh sikit laa..yang depan2 semua dah penuh..tinggal yang belakang2 jek, yang menghadap rumah lama..sebab view tak berapa cantik kan..so murah la sikit..

Takde niat apa2 share di sini..takut jugak ada yang salah faham..blog ni pun bukan ramai yang menjengah..so berani la sikit nak expose..kalau tak, mungkin jugak tak letak gambar2 ni semua..sebab tu mama tak kejar sangat nak up kan blog ni sampai jadik glamer ke apa..sebab tujuan asal buat blog ni dulu pun kiranya nak buat mcam diari laa..ni semua sebagai catatan kenangan untuk kami semua..one day kalau mama dah takde pun, hakimi boleh la tengok kat sini catatan2 yang mama dah tuliskan...suka-duka semua ada...bukan mudah nak dapatkan sesuatu itu..tapi dengan izin-Nya..insyaallah..terima kasih sangat kat papa sebab kerja keras untuk bagi keselesaan kat mama ngan hakimi..mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan kita baik yang dunia mahu pun akhirat..amin..

Thursday, May 24, 2012

Enjoy my cooking...

Malasnya nak update blog..susah nak bukak sana-sini..laptop pulak lembab semacam jek..dah macam2 virus ada kot..si hakimi tu mcm2 dibukaknya..takde apa sangat nak cerita..macam biasa laa..kisah kehidupan seharian..hari ni termakbul juga hajat nak buat spaghetti aglio olio sendiri..suka sangat makan kat Secret Recipe..tapi mahal sangat..kalau buat ni,tak sampai pun harga sepinggan kat SR,tapi dapat satu kuali..siap boleh pass kat jiran sana-sini..dari pagi sampai ke malam la makan ni ajer..huhu..puas hati..alhamdulillah la resepi yang ambil dari google tu betul2 menepati citarasa..sebijik rasa macam yang SR punya..ecehhh..huhu..


Masa hantar spaghetti tu kat rumah jiran, dapat pulak pisang emas sesikat..memang mood tengah baik nak baking2..dapat pulak pisang..apalagi,start la menggoogle lagi..huhu..dapat la resepi yang berkenan tu..so,jadi la kek pisang ni..sedappp..banyak dapat satu adunan tu..so,letak dalam loyang separuh..yang lebih letak dalam papercup kecik2 laa..


Yang dalam papercup tu buat 2 version..separuh tabur dengan coklat chips, separuh lagi tabur almond flakes atas dia..papa suka la letak kekacang nih..kalau kimi,tak suka..so,dia makan yang letak choc chips ajer laa..yang potong2 tu pun dia makan jugak..janji,jangan ada kacang..kalau hancur,takpe..dia tak nampak..hehehe...


Budak lapar nih..bangun tido jek, terus tuju ke meja makan..elok plak mama tengah potong2 kek tu..letak dalam bekas sebab nak bagi jiran sikit,dia pulak terus hadap..sampai 3 keping dia makan..terkejut jugak laa..sebab banyak la kiranya tu..yang letak choc chips tu pun dia makan jugak..mula2 dia tengok yang letak kacang tu, dah nak nangis dah sebab kecewa la mama letak kacang..pastu cakap laa..yang tu mama buat kat papa laa..ada ni ha kimi punya..terus ceria balik..alahaiiii anak bujang mama nih..